Posted by : Unknown
Sunday, 15 January 2017
Saja selitkan Craft ni. Beli Kat daiso je. tp sangan menarik kerana detail yang ada pada moto sama ada dlm atau luar nampk real. Nk terang skit pasal moto ni.. stress2 blaja je kn. kita amik ilmu automotif skit.. hehe
Harley-Davidson (NYSE: HOG, dahulunya HDI, juga dikenali dengan singkatan H-D atau Harley, ialah sebuah pengeluar motosikal Amerika Syarikat. Ditubuhkan di Milwaukee, Wisconsin pada dekad pertama abad ke-20, ia merupakan salah satu daripada dua pengeluar motosikal terbesar di AS yang berjaya menempuh Kemelesetan Besar.Harley-Davidson juga mengharungi zaman kemerosotan kawalan mutu dan persaingan daripada syarikat motosikal Jepun.
Syarikat ini memasarkan motosikal berat (lebih 750 cc) yang direka untuk perjalanan di atas lebuh raya. Motosikal Harley-Davidson (atau "Harley") mempunyai rekabentuk dan ekzos yang menonjol, apatah lagi dikenali terutamanya dengan amalan pengubahsuaian besar-besaran yang melahirkan gaya motosikal chopper.
